Tuesday, November 23, 2010

Salam Kasih Sayang

Assalamualaikum WRH WBT...

Salam sejahtera buat insan-insan tersayang. Tahun ni Ummi tak sempat untuk mencoretkan kata-kata wasiat di atas helaian kertas sebenar. Kali ni Ummi terpaksa pilih untuk memilih surat wasiat maya. Ini aje kesempatan yang Ummi ada. Yelah, selain masa kerja, Ummi cuma ada masa untuk diluangkan bersama insan-insan tersayang jer. Kalau Ummi pegang pen & kertas, confirm la akan kantoi, kan....?

Untuk entry kali ni, Ummi cuma nak bagitau yang Ummi terlalu sayangkan Abah & Ahmad Zuhair serta adik baby. Alangkah bertuahnya Ummi dikurniakan dengan kehadiran Abah dalam hidup Ummi. Ditambah pula dengan kurniaan permata hati Ummi, Ahmad Zuhair dalam hidup Ummi.. Syukur Ummi kerana dikurniakan kesempatan untuk merasai kasih sayang dari kalian berdua.

:: 08 September 2007 (Saturday) / 26 Sha'ban 1428H ::

Tarikh Ummi menjadi milik Abah yang sah. Terima kasih Abah, sebab pilih Ummi sebagai pendamping Abah yang sah. Terima kasih jugak kerana telah menghalalkan kasih sayang kita. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang dan sentiasa sabar dengan seribu satu kerenah Ummi.

:: 02 Julai 2008 ( Wednesday ) / 28 Jamadil Akhir 1429H :: 07.58 PM ::

Tarikh Ummi bergelar "Ummi" untuk pertama kalinya dalam hidup. Dengan kehadiran Ahmad Zuhair, Ummi nyata bertambah bahagia. Syukur Ummi dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang sangat sempurna pada pandangan Ummi. Ya Allah, Engkau jadikanlah Ahmad Zuhair seorang hambaMu yang soleh. kurniakanlah kepada dia keredhaanMu di dunia dan di akhirat kelak. Limpahilah dia dengan segala RahmatMu ya Allah Yang Maha Kuasa.


Ya Allah, Engkau jadikanlah zuriat-zuriat kami sebagai hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Kurniakanlah keredhaanMu kepada mereka. Jadikanlah mereka insan-insan yang sentiasa memberi manfaat kepada ciptaanMu yang lain. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau redhai. Peliharakanlah iman dan aqidah mereka. Jauhilah mereka dari segala fitnah dunia dan mala petaka. Takdirkanlah syahid kepada mereka dan syurgaMu sebagai imbuhan untuk mereka. Amin ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment