Wednesday, December 8, 2010

Didiklah Anak Kita

Assalamualaikum wrh. wbt...

Buat Abah...
Malam tadi Ahmad Zuhair mengamuk tak tau punca. Ummi bukan tak biasa bila Ahmad Zuhair mengigau, tapi semalam memang lain macam dia mengamuk. Macam-macam yang dia sebut.. Bile dah reda sikit, Ummi suruh dia tidur, Ummi cakap Ummi nak solat, dia leh cakap "Takyah solat, Ummi.." Ummi tau tu bukan datang dari anak kita. Ummi tau anak kita anak yang soleh. Ummi tau anak kita ade sesuatu yang sedang dekati dia...

Abah,
Janjilah dengan Ummi, tolonglah didik anak kita dengan didikan agama yang bertul-betul sempurna. Ummi tak kesah kalau anak kita tak jadi engineer ke, arkitek ke.. yang penting, biarlah ilmu agama mereka cukup kuat. Ummi rasa lebih lega jika anak-anak kita jadi hafiz Al-Quran... Harta dan kuasa tu sementara je kat dunia ni, bukan tu bekal kat sana esok. Cukup la bagi Ummi untuk mempunyai anak-anak yang akan sentiasa mendoakan Ummi...

Abah,
Dengarkanlah alunan bacaan ayat-ayat suciNya setiap hari. Biar ia sebati dalam hati dan jiwa anak-anak kita. Ummi tak mampu untuk bacakan setiap hari ayat-ayat suci tersebut. Biarpun dalam hati Ummi, Ummi nak sangat anak-anak kita dengar bacaan-bacaan tu datangnya dari mulut Ummi sendiri. Biar setiap kalimat tu dibacakan oleh lidah Ummi sendiri.

Abah,
Didiklah anak kita supaya tidak cintakan dunia. Biarlah apa yang dicari di dunia ni cukup sekadarnya sebagai penampung kehidupan yang sementara je. Biarlah anak-anak kita sedar hakikat kejadian kita yang sebenar kat dunia ni, untuk mencari keberkatan dan bekalan hidupan di akhirat nanti.

Abah,
Jadilah abah yang terbaik untuk anak-anak kita. Jangan pernah sesekali sia-siakan anak-anak kita. Merekalah harta kita di dunia dan di akhirat nanti...

Ya Allah, Engkau jadikanlah zuriat-zuriat kami sebagai hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Kurniakanlah keredhaanMu kepada mereka. Jadikanlah mereka insan-insan yang sentiasa memberi manfaat kepada ciptaanMu yang lain. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau redhai. Peliharakanlah iman dan aqidah mereka. Jauhilah mereka dari segala fitnah dunia dan mala petaka. Takdirkanlah syahid kepada mereka dan syurgaMu sebagai imbuhan untuk mereka. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Tuesday, November 23, 2010

Nama Baby

Assalamualaikum wrh wbt

Enrty ni Ummi tujukan khas buat Abah....
Seperti yang kita dah setuju, nama anak-anak biar Ummi yang bagi. Yelah, nama diorang kan akan di bin/binti kan dengan nama Abah, jadi, biar la Ummi yang lahirkan diorang ni yang pilihkan nama untuk anak-anak kita. InsyaAllah Ummi pilih nama terbaik untuk mereka, sama seperti Ummi mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita dalam hidupan di dunia dan juga di akhirat kelak.

Abah,
Andai anakanda yang bakal lahir ni adalah seorang lelaki, namakan dia dengan nama Ahmad Zharif yer. Maksudnya : (Ahmad) Yang Terpuji, (Zharif) Cerdik, Terang. (Ahmad Zharif bin Yusof)

Dan andainya anak yang bakal lahir ni adalah seorang perempuan, namakan dia dengan nama Aisyah Zinnirah sempena nama isteri Rasulullah (Aisyah maksudnya hidup bahagia) dan juga nama seorang hamba yang sangat kuat imannya. (Aisyah Zinnirah binti Yusof)

Bukan Ummi nak menidakkan hak Abah sebagai abah anak-anak kita, tapi Ummi cuma nak namakan anak-anak kita sebagai tanda dihargai kerana melahirkan mereka. Boleh kan Abah...?

Ya Allah, Engkau jadikanlah zuriat-zuriat kami sebagai hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Kurniakanlah keredhaanMu kepada mereka. Jadikanlah mereka insan-insan yang sentiasa memberi manfaat kepada ciptaanMu yang lain. Bimbinglah mereka ke jalan yang Engkau redhai. Peliharakanlah iman dan aqidah mereka. Jauhilah mereka dari segala fitnah dunia dan mala petaka. Takdirkanlah syahid kepada mereka dan syurgaMu sebagai imbuhan untuk mereka. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Salam Kasih Sayang

Assalamualaikum WRH WBT...

Salam sejahtera buat insan-insan tersayang. Tahun ni Ummi tak sempat untuk mencoretkan kata-kata wasiat di atas helaian kertas sebenar. Kali ni Ummi terpaksa pilih untuk memilih surat wasiat maya. Ini aje kesempatan yang Ummi ada. Yelah, selain masa kerja, Ummi cuma ada masa untuk diluangkan bersama insan-insan tersayang jer. Kalau Ummi pegang pen & kertas, confirm la akan kantoi, kan....?

Untuk entry kali ni, Ummi cuma nak bagitau yang Ummi terlalu sayangkan Abah & Ahmad Zuhair serta adik baby. Alangkah bertuahnya Ummi dikurniakan dengan kehadiran Abah dalam hidup Ummi. Ditambah pula dengan kurniaan permata hati Ummi, Ahmad Zuhair dalam hidup Ummi.. Syukur Ummi kerana dikurniakan kesempatan untuk merasai kasih sayang dari kalian berdua.

:: 08 September 2007 (Saturday) / 26 Sha'ban 1428H ::

Tarikh Ummi menjadi milik Abah yang sah. Terima kasih Abah, sebab pilih Ummi sebagai pendamping Abah yang sah. Terima kasih jugak kerana telah menghalalkan kasih sayang kita. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang dan sentiasa sabar dengan seribu satu kerenah Ummi.

:: 02 Julai 2008 ( Wednesday ) / 28 Jamadil Akhir 1429H :: 07.58 PM ::

Tarikh Ummi bergelar "Ummi" untuk pertama kalinya dalam hidup. Dengan kehadiran Ahmad Zuhair, Ummi nyata bertambah bahagia. Syukur Ummi dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang sangat sempurna pada pandangan Ummi. Ya Allah, Engkau jadikanlah Ahmad Zuhair seorang hambaMu yang soleh. kurniakanlah kepada dia keredhaanMu di dunia dan di akhirat kelak. Limpahilah dia dengan segala RahmatMu ya Allah Yang Maha Kuasa.